Friday, August 12, 2022
26.5 C
Brunei

Enam pegawai polis dinaikkan pangkat

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan kenaikan pangkat seperti mana yang diumumkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), bagi enam pegawai polis yang berkuatkuasa pada 1 November lalu.

Majlis yang diadakan di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) itu hari ini dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis, PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali bersama isteri.

Turut hadir ialah pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan dan ahli keluarga pegawai yang diraikan. Pegawai-pegawai PPDB itu terdiri dari seorang pegawai dinaikkan pangkat ke penolong pesuruhjaya polis, tiga pegawai dinaikkan pangkat ke pemangku timbalan penguasa polis dan dua orang pegawai lagi dinaikkan pangkat ke penolong penguasa polis.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

Pesuruhjaya Polis, PPDB semasa meraikan kenaikan pangkat bagi salah seorang pegawai polis di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat PPDB. – Gambar serahan PPDB
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -