Enam pelajar hanyut banjir kilat di indonesia

YOGYAKARTA, 21 FEB – Sekurang-kurangnya enam pelajar dihanyutkan dan lima yang lain masih hilang dalam satu kejadian banjir kilat dan hujan lebat semasa melakukan pengembaraan di kawasan perairan di Indonesia.

Sekitar puluhan pelajar dari sekumpulan 250 tercedera dalam kejadian itu dan dibawa ke hospital di Yogyakarta, ibukota budaya negara itu, di pulau Jawa.

“Ketika mereka sedang melakukan pengembaraan di kawasan tersebut, tiba-tiba air banjir bergerak deras dan kemudian menghanyutkan beberapa orang pelajar,” kata jurucakap agensi mitigasi bencana kebangsaan, Agus Wibowo dalam satu kenyataan.

Pelajar yang terlibat dalam kejadian itu terdiri daripada ahli kelab pengakap sekolah.

Nusantara di Asia Tenggara kerap dilanda banjir semasa musim hujan, yang bermula pada akhir November.

Hujan lebat pada Januari mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang membunuh hampir 70 orang di dalam dan sekitar ibu kota, Jakarta, manakala ribuan lagi terpaksa berpindah ke tempat perlindungan.

Indonesia juga sering dilanda dengan isu banjir yang sering kali mengorbankan beberapa orang mangsa terutama ketika musim tengkujuh dan air pasang.

Negara itu juga sedang giat berusaha untuk terus memberikan langkah pencegahan banjir dengan membina beberapa terusan yang boleh mengurangkan banjir yang sering berlaku di kawasan rendah dan di pedalaman. – AFP

Indonesia sering kali dilanda banjir di kawasan rendah dan pedalaman sehingga meragut jiwa setiap tahun. Sekurang-kurangnya enam pelajar dihanyutkan dan lima yang lain masih hilang dalam satu kejadian banjir kilat dan hujan lebat semasa melakukan pengembaraan di kawasan perairan di Indonesia. – AFP