Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Enam pelajar maut nahas jalan raya

    BANDAR OKLAHOMA, 23 MAC – Enam pelajar perempuan sekolah menengah maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah trak di Bandar Oklahoma kelmarin.

    Kejadian itu disahkan Peronda Lebuhraya Oklahoma (OHP). Nahas berlaku selepas kereta dinaiki pelajar Sekolah Menengah Tishomingo bertembung dengan trak berkenaan, lapor United Press International (UPI).

    “Kami belum menerima butiran lanjut mengenai punca nahas itu. Kereta itu dipercayai telah diseret kira-kira 100 kaki,” kata pegawai OHP. 

    Imej dari tempat kejadian menunjukkan sebuah kenderaan hitam yang hampir musnah dengan apa yang kelihatan seperti stereng merah jambu di kawasan kemalangan.

    Penguasa sekolah awam Tishomingo, Bobby Waitman berkata dalam catatan laman sosial Facebook bahawa daerah itu mengalami ‘kehilangan besar’ melibatkan pelajar dari sekolah menengah daerah tersebut.

    “Hati kami hancur dan kami berduka dengan pelajar dan kakitangan kami,” kata Waitman, yang tidak segera membalas panggilan telefon kelmarin. – Bernama/AP

    Kenderaan yang rosak teruk dilihat di luar jalan di Tishomingo, Oklahoma berikutan kemalangan dua kenderaan yang mengakibatkan enam pelajar maut kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -