Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Enam pelumba bawa cabaran TSG di Tour of Sharjah

    KUALA TERENGGANU, 23 JAN – Enam pelumba menjadi taruhan pasukan berbasikal terbaik Asia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) untuk berentap di Tour of Sharjah bermula Jumaat ini.

    Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus berkata kejohanan selama lima hari di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, merupakan perlumbaan sulong pasukan berkenaan pada musim ini yang bertaraf 2.2.

    Beliau berkata pelumba yang terpilih membawa cabaran itu termasuk tiga import dan tiga tonggak tempatan, sedang menjalani kem latihan fasa satu TSG di dalam negara.

    “Untuk pelumba tempatan kita ada Wan Abdul Rahman Hamdan, Mohd Shahrul Mat Amin dan Irwandie Lakasek yang sudah beberapa musim bersama skuad elit kita.

    “Tonggak import pula dibarisi Metkel Ayob, Anatolii Budiak dan pelumba baharu TSG musim ini, Aiman Cahyadi yang juga pelumba terbaik Indonesia 2022,” katanya ketika dihubungi pemberita.

    Menurut Nasiruddin pihaknya menyasarkan untuk meraih dua podium dan mempertahankan gelaran juara keseluruhan pasukan di Tour of Sharjah itu nanti.

    Katanya TSG perlu meraih seberapa banyak mata bermula daripada perlumbaan pertama agar sasaran muncul sebagai pasukan benua terbaik dunia 2023 menjadi kenyataan.

    “Di Tour of Sharjah 2022 kita berjaya meraih juara keseluruhan dan menang satu podium menerusi Anatolii Budiak. Tahun ini kita harap pencapaian lebih baik dengan
    kekuatan skuad yang ada,” katanya.

    TSG musim 2023 dibarisi 16 pelumba termasuk tujuh import dan sembilan tempatan di bawah bimbingan jurulatih kelahiran Kanada, Jeremy Hunt. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...