Enam pendaki mati terperangkap cuaca sejuk

GUATEMALA CITY, 10 Jan – Enam pendaki yang memanjat gunung berapi di Guatemala, meninggal dunia hujung minggu lalu apabila terperangkap dengan cuaca sejuk ketika berada di tanah tinggi, kata pegawai pasukan penyelamat.

Enam pendaki itu, semuanya rakyat Guatemala, berada dalam dua kumpulan ketika mendaki gunung berapi Acatenango di barat ibu negara ini pada Sabtu. Gunung berapi itu mempunyai ketinggian 3,975 meter dari aras laut. Mayat mereka ditemui pasukan penyelamat pada Ahad dan Isnin, kata jurucakap perkhidmatan bomba, Julio Sanchez.

Tiga pendaki lain dapat diselamatkan, dengan dua daripadanya dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Menurut agensi kecemasan CONRED, sistem tekanan tinggi menyebabkan penurunan suhu secara mendadak sehingga mencecah serendah 6 darjah Celsius. – AFP