ISLAMABAD, 27 Mei – Polis di wilayah timur Pakistan Punjab berkata hari ini bahawa enam suspek pengganas terbunuh dalam satu serbuan.
Jurucakap jabatan kaunter keganasan mengatakan bahawa sekumpulan lapan suspek pengganas, menunggang motosikal telah melepaskan tembakan ke pos polis selepas mereka diminta berhenti di daerah Gujrtat.
Pihak polis bertindak balas dan membunuh enam orang manakala dua orang lagi melarikan diri, katanya kepada media. Manakala, seorang pengganas yang dikehendaki, Suhaib, adalah antara yang terbunuh.
Jurucakap itu berkata bahawa mereka yang terbunuh terbabit dalam letupan bom di Lahore tahun lepas, yang membunuh 26 orang termasuk pegawai polis.
Mereka juga merupakan dalang pembunuhan seorang pegawai kanan tentera di Sargodha, sebuah bandar utama di Punjab pada tahun 2014. – Xinhua