Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Enam produk diarah untuk diasingkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Enam produk minuman pelbagai jenama yang dijual di salah sebuah pasar raya di negara ini telah diarahkan untuk diasingkan penjualannya di seksyen tidak halal.

    Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), produk-produk tersebut ialah Asahi Dry Zero dan Asahi Chardonnay Sparkling Taste dari syarikat pengilang Asahi Breweries Ltd; Suntory All-Free dan Suntory All-Free Lime Short jenama, Suntory dari syarikat pengilang, Suntory Beer Limited; serta Alps Elaborate Grape Juice Premium White dan Alps Elaborate Grape Juice jenama, Alps dari syarikat pengilang, Alps Co Ltd.

    Langkah pengasingan itu diambil berikutan aduan orang awam dan hasil penelitian yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Syariah melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH).

    Hasil penelitian telah mendapati, walaupun produk-produk tersebut diisytiharkan sebagai produk yang tidak mengandungi alkohol, namun ada kemungkinan proses pembuatan produk-produk itu pada asalnya bersumberkan daripada minuman beralkohol.

    Dengan dapatan itu, status pembuatan produk berkenaan adalah diragukan dan sesuai dengan hukum syarak apabila sesuatu itu meragukan ia jatuh kepada syubhah.

    Oleh itu, bagi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di negara ini, Jabatan Hal Ehwal Syariah menasihatkan semua pengimport, pasar raya dan kedai melakukan tindakan pengasingan dengan serta-merta jika produk-produk yang disenaraikan dijual di premis masing-masing.

    Orang ramai yang ingin membuat aduan serta perkongsian maklumat mengenai penjualan produk-produk tidak halal secara terbuka boleh menghubungi BKMH melalui talian 7166222 atau mana-mana pejabat BKMH.

    Produk-produk yang diarahkan untuk segera diasingkan. – Gambar serahan KHEU

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...