Enam sertai persidangan dakwah Islam

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Enam orang peserta dari Negara Brunei Darussalam telah menyertai Program Regional Dakwah Conference (RDC8) secara maya yang bermula 6 hingga 8 November.

Para peserta berkenaan terdiri daripada dua pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu Pegawai Pelajaran Ugama, Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf, PDI, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub selaku ketua rombongan dan Pegawai Perkembangan Ugama, Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf), Haji Muhd Nazir bin Haji Othman.

Manakala empat lagi peserta adalah daripada Program Keagamaan Belia iaitu Dayang Nurul Nadzirah binti Haji Simpon dan Dayang Nurul Huda binti Muhammad Ashraf dari Kumpulan Belia Asy-Syahadah serta Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak dan Awang Al-Muhammad Nasrullah Ataullah bin Rahmat dari Al-Minhaj Centre.

Selain itu, Dr Hajah Rohanita berpeluang mengongsikan pengalaman-pengalaman berdakwah di Negara Brunei Darussalam dengan tajuk pembentangan Eksplorasi Pengembangan Dakwah Islam Di Brunei Darussalam dengan tema Dakwah Challenges and Opportunities.

RDC8 ini dianjurkan oleh Hidayah Centre Foundation (HCF) Malaysia dan 30 buah negara dari Asia Pasifik telah menyertai RDC8 kali ini.

Antara objektif penganjuran persidangan ini adalah untuk mewujudkan kolaborasi antara negara-negara Asia Pasifik termasuk penglibatan dari sektor korporat, pendidikan, kebajikan, wanita dan belia selain meneruskan usaha bersama dalam kepimpinan dan memperkukuhkan jaringan antara peserta.

Antara peserta dari Negara Brunei Darussalam yang menghadiri persidangan anjuran HCD Malaysia yang diadakan secara maya . – Gambar serahan PDI