Enam suspek kes bunuh ditahan di Miri

MIRI, 19 OGOS – Polis menahan enam lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan ahli perniagaan yang mayatnya ditemui hampir reput di Sungai Suai pada bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, kesemua suspek berusia antara 23 dan 46 tahun, ditahan pada 15 Ogos lepas dengan senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh iaitu sebilah pisau serta sebatang besi turut dirampas. “Siasatan masih diteruskan, namun setelah penahanan enam suspek ini, kita menganggap telah menyelesaikan kes pembunuhan mangsa berusia 60 tahun ini,” katanya di sini hari ini. – Bernama