Enam tan wang kertas palsu dirampas

BEIJING, 15 MEI – Polis China merampas wang kertas palsu dengan nilai muka 422 juta yuan dalam rampasan terbesar sejak penubuhan Republik Rakyat China pada 1949.

Enam belas anggota sindiket pemalsuan dari selatan wilayah Guangdong ke wilayah Heilongjiang di timur laut China ditahan dalam operasi polis bersama, kata Kementerian Keselamatan Awam dalam satu kenyataan semalam.

Mata wang palsu seberat enam tan itu masih belum diedar dalam pasaran, katanya. – AFP