BEIRUT, 25 DIS – Serangan peluru berpandu Israel ke atas Syria membunuh sekurang-kurangnya enam pejuang yang disokong oleh Iran hari ini, menurut pemerhati perang.
Semua yang terkorban merupakan separa tentera warga asing yang berjuang bersama-sama tentera Presiden Bashar al-Assad, menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.
Peluru berpandu, yang dilancarkan dari ruang udara Lubnan, menyasarkan kawasan yang dikuasai oleh militan yang disokong Iran di daerah Masyaf, wilayah Hama, menurut ketua pemerhati, Rami Abdul Rahman.
Turut menjadi sasaran ialah pusat penyelidikan yang dijalankan oleh kerajaan, di mana peluru berpandu dibangunkan dan disimpan, menurut pemerhati yang berpangkalan di Britain. – AFP






























