Energous dapat kelulusan pengawalseliaan

SAN JOSE, 27 FEB – Energous Corporation yang memajukan teknologi pengecasan wayarles 2.0, WattUp, sudah pun mendapat kelulusan pengawalseliaan bagi teknologi tersebut di WattUp Near Field mereka di Jepun.

“Mendapat kelulusan pengawalseliaan bagi teknologi pengecasan wayarles WattUp kami di Jepun adalah satu pencapaian pengawalseliaan yang utama bagi Energous,” kata Stephen R. Rizzone, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Energous Corporation. “Ini membuka pintu untuk menjual produk yang dibolehkan WattUp di sebuah pasaran utama di Asia Pasifik.”

Teknologi pengecasan wayarles WattUp oleh Energous telah menjalani ujian oleh makmal ujian persendirian yang bertauliah dan bertekad untuk mematuhi kesemua keperluan pengawalseliaan di Jepun.

“Kelulusan WattUp di Jepun merupakan satu langkah besar ke hadapan bagi Energous dan pelanggan kami, sambil meningkatkan momentum untuk mencapai akses pasaran global,” kata Dan Lawless, naib presiden bagi hal ehwal kawal selia di Energous Corporation.

“Kami sedang membina sebuah rangka kerja pengawalseliaan untuk pergerakan berskala besar bagi pengecasan wayarles 2.0 menerusi penglibatan kami di dalam spektrum organisasi utama dan standard, digabungkan dengan kerja langsung kami dengan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia.” – Bernama