Enfield UK 80an prihatin kebajikan ahli

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Almuni Middlesex Polytechnic (Enfield) UK 80an telah menyumbangkan wang berjumlah $970 kepada keluarga Allahyarham Haji Hanafiah bin Jekeria yang juga merupakan ahli ENFILED.

Penyerahan sumbangan yang berlangsung di luar bangunan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Kampung Serusop itu disampaikan oleh Haji Aminuddin bin Haji Mohd Ali kepada isteri Allahyarham, yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 Oktober 2021.

Dengan sumbangan yang diberikan itu diharap akan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham Haji Hanafiah.

Haji Aminuddin menyampaikan sumbangan daripada ahli Enfield UK 80an kepada isteri Allahyarham Haji Hanafiah.