Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

Enggan ambil vaksin, Steve Burton dilarang berlakon

-

Nama pelakon Steve Burton digugurkan daripada menjalani penggambaran rancangan TV popular, General Hospital kerana enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, dia menjelaskan telah meminta pengecualian daripada syarikat tersebut atas alasan kesihatan dan agama namun tetap ditolak.

“Akhirnya, General Hospital telah melepaskan saya disebabkan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Saya telah memohon untuk pengecualian perubatan dan agama saya dan kedua-duanya ditolak. Awda tahu ia menyakitkan,” katanya.

Dia yang telah bersama rancangan tersebut selama 30 tahun sejak 1991 tidak terkilan dengan tindakan syarikat tersebut yang menamatkan perkhidmatannya.

“Ini juga mengenai kebebasan peribadi kepada saya dan tidak fikir akan kehilangan mata pencarian kerana perkara ini,” tambahnya. – Agensi

Steve Burton digugurkan daripada menjalani penggambaran rancangan TV popular, General Hospital kerana enggan menerima suntikan vaksin COVID-19. – Agensi
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -