Enggan raih simpati biarpun buta

Meskipun dikategorikan insan istimewa, namun penyanyi, Dinie Rashid, 28, enggan peminat bersimpati dengan keadaan dirinya.

Dinie atau nama sebenarnya, Muhammad Dinie Abdul Rashid yang juga salah seorang peserta program Big Stage 2020 mahu membuktikan dirinya dipilih menyertai program berkenaan bukan disebabkan statusnya sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sebaliknya, Dinie mahu membuktikan kemampuan dirinya sebagai penyanyi serba boleh. Dinie yang juga OKU penglihatan mengalami ‘molecular dystrophy’ hingga mengakibatkan saraf pada bahagian mata rosak.

Dinie berkata, tujuannya menyertai program Big Stage untuk mengetengahkan namanya yang dirasakan masih asing di kalangan peminat muzik tanah air. – Agensi