Enggan siasat kehilangan aktivis

PHNOM PENH, 5 JUN – Polis Kemboja hari ini enggan menyiasat kehilangan seorang aktivis demokrasi Thailand selepas sebuah kumpulan hak asasi mengatakan dia diculik pada siang hari di luar apartmennya di Kemboja.

Wanchalearm Satsaksit, pengkritik lantang kerajaan Thai diheret masuk ke dalam sebuah kereta berwarna hitam kelmarin, menurut Human Rights Watch (HRW).

Namun polis Kemboja mengatakan mereka tidak tahu menahu mengenainya dan enggan menyiasatnya. – AFP