LONDON, 5 April – Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne percaya barisan pemain remaja England yang sedang meningkat naik akan membantu England menjadi pilihan utama untuk menjuarai Euro 2020, sama seperti Perancis.
De Bruyne merupakan sebahagian daripada skuad Belgium yang menewaskan England pada saingan Piala Dunia tahun lalu yang menyaksikan kedua-dua pasukan mara ke peringkat separuh akhir. Pemain berusia 27 tahun itu percaya dengan keberadaan Jadon Sancho, Callum Hudson-Odoi dan Phil Foden, ia akan menjadikan Southgate sebagai pencabar utama.
“Saya memberitahu para pemain England minggu lalu bahawa mereka perlu menjuarai Euro,” katanya. “Saya rasa mereka menjadi pasukan pilihan, begitu juga dengan Perancis.
“Saya dapat lihat mereka sudah membangun dan masa depan pasukan tersebut dalam keadaan yang baik.
“Adakah mereka akan juara? Saya tidak tahu kerana hanya satu pasukan sahaja yang boleh juara tetapi anda mempunyai peluang untuk melakukan dengan lebih baik dalam tempoh 10 tahun akan datang.”
De Bruyne menjaringkan gol kedua pada musim ini yang mana rekod tersebut sangat berbeza berbanding musim lalu. City berkemungkinan melalui musim yang memberangsangkan yang mana mereka berpotensi untuk menjadi pasukan pertama dalam sejarah untuk merangkul empat trofi.
De Bruyne fokus untuk merangkul lebih banyak pingat meskipun berputus asa kerana gagal mengekalkan rekod seperti musim lalu.
“Secara jujurnya, saya tidak beraksi seperti tahun lepas,” tambahnya. “Saya tidak meletakkan matlamat pada musim ini. ia sangat sukar kerana saya perlu kembali sebanyak empat kali sepanjang musim ini.
“Saya cuba untuk berada pada tahap terbaik, pada masa yang sama saya cuba untuk membantu pasukan merangkul gelaran. Jika saya mampu membuatnya, saya akan merasa gembira. – AFP



































