England duduki ranking ketiga FIFA

PARIS, 16 SEPT – England mengastai seteru terdekatnya Perancis untuk berada di kedudukan ketiga ranking dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Belgium dan Brazil mengekalkan kedudukan pertama dan kedua manakala England membuat penampilan pertama di kedudukan podium dalam tempoh sembilan tahun selepas dua kemenangan dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Perancis yang terikat dengan dua keputusan seri dalam saingan itu berada di kedudukan keempat.

Juara Eropah, Itali berada di kedudukan kelima manakala juara Copa America, Argentina di kedudukan keenam. – AFP