WARSAW, 10 SEPT – Kyle Walker membatalkan gol pembukaan Olek-sandr Zinchenko untuk memberikan England satu mata menentang Ukraine dalam kelayakan UEFA Euro 2024 di Wroclaw, Poland, kelmarin.
Pasukan pelawat, dibimbing oleh Gareth Southgate, tampil dominan pada separuh masa pertama dengan 69 peratus penguasaan bola, tetapi pasukan Serhiy Rebrov berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu.
Pada minit ke-26, hantaran ke belakang Yukhym Konoplya di kawasan penalti membolehkan Zinchenko merembat masuk dengan kaki kiri yang gagal diselamatkan Jordan Pickford.
Pelawat bertindak balas empat minit sebelum rehat. Walker menerima hantaran menarik daripada Harry Kane yang menewaskan Vitalyi Mykolenko dari jarak dekat, jaringan pertamanya dalam penampilan ke-77 untuk England.
Selepas rehat, ‘Three Lions’ mengekalkan rentak, tetapi mereka tidak menemui gol dicari mereka kerana Ukraine bertahan dengan baik. Bukayo Saka boleh hampir membawa pasukannya meraih kemenangan tetapi percubaannya terkena palang, dan kedudukan seri 1-1 kekal hingga wisel penamat, kata Xinhua.
“Kami mengawal permainan, dengan memiliki lebih dari 70 peratus bola. Kami meredakan banyak atmosfera itu dengan mengawal permainan,” kata Southgate dalam sidang media selepas perlawanan.
“Apa yang penting adalah untuk tidak kalah dalam perlawanan, dan dalam proses kelayakan, itu sangat penting,” tambah Southgate. – Bernama
