English pemain PGA kelima positif COVID-19

NEW YORK, 30 JUN – Harris English dari Amerika Syarikat (AS) merupakan pemain kelima yang disahkan positif COVID-19 semalam dari pemain Jelajah PGA AS sejak penutupannya selama tiga bulan berakhir pada 11 Jun. Dia menjadi pemain kedua dalam beberapa hari ini disahkan positif setelah PGA memperketatkan langkah keselamatan COVID-19.

Dua pemain dan dua caddies kejohanan disahkan positif dua minggu lalu telah meningkatkan kebimbangan dan mendorong sekatan yang lebih ketat, para pemain perlu menjalani ujian negatif sebelum dibenarkan mengikuti kejohanan.

PGA mengatakan dalam satu kenyataan bahawa English, yang tidak beraksi pada minggu lalu di Connecticut, telah disahkan positif semasa proses penyaringan pra-kejohanan di Detroit, Rocket Mortgage Classic yang bermula pada Khamis lalu. English menarik diri dari kejohanan keempat PGA dan akan melakukan pengasingan diri di bawah panduan dan protokol Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

“Walaupun merasa kecewa untuk menerima berita ini, kerana saya merasa sihat, saya gembira kerana protokol keselamatan baharu yang kita buat pada minggu ini berfungsi dengan baik,” kata English dalam satu kenyataan.

“Saya menyokong sepenuhnya peraturan baharu Jelajah ini untuk tidak membenarkan sesiapa pun berada di padang kejohanan sehingga diuji negatif, demi melindungi orang lain dan semua orang yang terlibat dalam kejohanan, keselamatan orang awam harus menjadi keutamaan nombor satu.

“Saya menghargai sokongan PGA dan saya berharap dapat bertanding lagi setelah saya pulih sepenuhnya.”

English disahkan positif sehari selepas Dylan Frittelli disahkan positif COVID-19 sebelum dia beraksi untuk PGA di Detroit pada Ahad ini dari menyertai Kejuaraan Travellers. – AFP

Aksi Harris English dari AS ketika melakukan pukulan keduanya di lubang ke-15 semasa di kejohanan RBC Heritage di Harbour Town Golf Links, Hilton Head Island, South Carolina pada 18 Jun. English pemain kelima Jelajah PGA AS disahkan positif COVID-19. – AFP