Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Enjin kereta rosak terbakar

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Sebuah kereta jenis SUV mengalami kerosakan pada bahagian enjin dalam kejadian kebakaran di kawasan Jalan Utama Berakas pada pagi kelmarin.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa sembilan orang anggota dan dua buah jentera dari Balai Bomba Berakas, Cawangan Operasi C yang diketuai oleh SO Norhermi bin Mohd Nor telah dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 9:09 pagi.

    Kenyataan menyatakan bahawa kereta berwarna kelabu itu telah terbakar keseluruhannya bahagian enjin.

    Kebakaran terjadi semasa kenderaan dalam perjalanan dan pemandu kereta berkenaan, yang merupakan warganegara tempatan, kemudian memberhentikan kereta itu di tepi jalan raya.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memadam kebakaran di mana air diperoleh dari tangki jentera. Kenyataan menyatakan lagi bahawa api dapat dipadamkan dan dikawal daripada merebak serta punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

    JBP terus menyarankan kepada orang ramai untuk sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan serta sentiasa memastikan mana-mana pengubahsuaian atau penambahan sistem elektrik enjin dan aksesori kereta serta pendawaian hendaklah mengikut piawaian yang betul oleh mekanik yang bertauliah kerana arus elektrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan kabel terbakar dan kebakaran.

    Orang ramai turut disarankan bahawa jika berlaku sebarang insiden kecemasan, mereka hendaklah berhubung terus ke talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak untuk memadam kebakaran yang memusnahkan bahagian enjin sebuah kereta jenis SUV dalam insiden yang berlaku di kawasan Jalan Utama Berakas, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...