Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Enjin Lion Air terbakar sejurus berlepas

JAKARTA, 27 OKT – Pesawat Lion Air JT330 terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sejurus berlepas akibat kebakaran yang berlaku di bahagian enjin.

Pesawat menuju ke Palembang di wilayah Sumatera Selatan itu membawa 169 penumpang dan enam anak kapal berlepas kelmarin pada 5:14 petang, terpaksa berpatah balik 32 minit kemudian dan berjaya mendarat dengan selamat.

“Pada ketinggian 3,000 kaki, juruterbang mendapati operasi satu daripada komponen kapal terbang tidak berfungsi,” menurut kenyataan syarikat penerbangan tambang murah Indonesia itu.

Penumpang telah dipindahkan ke pesawat lain dan berlepas semula pada 7:40 malam waktu tempatan, katanya. – Bernama

Ilustrasi foto dari Dok. Antara laman Voi.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -