Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enrique selar Barca

    TURIN, Itali, 12 April – Jurulatih Barcelona, Luis Enrique menyelar permainan hambar pemainnya selepas kekalahan ‘mimpi ngeri’ 3-0 kepada Juventus yang pasti menjejaskan harapan persaingan Liga Juara-Juara gergasi Sepanyol itu.

    Dua jaringan pada separuh masa pertama Paulo Dybala dan tandukan separuh masa kedua Giorgio Chiellini memastikan kemenangan perlawanan pertama suku akhir tuan rumah di Turin semalam yang meninggalkan Barca dengan tugasan sukar bagi perlawanan timbal balik 19 April depan.

    Pasukan Catalan sekarang memerlukan kebangkitan epik seterusnya yang membolehkan mereka mara ke lapan pasukan terakhir. Dalam persaingan 16 pasukan terakhir sebelumnya mereka berjaya mengatasi defsiti 4-0 pada perlawanan pertama menentang Paris Saint-Germain dengan kemenangan 6-1 di Camp Nou.

    Tetapi selepas menyaksikan tiga jentera serangan terdiri daripada Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar gagal untuk menjaringkan ke atas pasukan yang jauh lebih kuat, Juventus, Luis Enrique menyuarakan sedikit harapan untuk menyaksikan satu lagi kebangkitan pada minggu depan.

    “Kami secara dasarnya menyerahkan dua gol kepada Juventus pada awal separuh masa pertama. Sebagai jurulatih, bagi saya ia sukar dijelaskan bagaimana mereka beraksi lebih baik dari kami,” katanya selepas itu.

    Enrique mula menyalahkan pemainnya selepas gagal menjawab serangan Juventus dalam pertemuan pertama suku akhir, kelmarin. – AP
    Enrique mula menyalahkan pemainnya selepas gagal menjawab serangan Juventus dalam pertemuan pertama suku akhir, kelmarin. – AP

    Dia berkata perkataan ‘mimpi ngeri’ tidak kurang dari empat kali ketika dia bergelut untuk menjelaskan bagaimana Barca, yang tiba di Turin dengan kekalahan 2-0 dalam persaingan liga kepada Malaga, gagal untuk memberikan tindak balas.

    Dalam satu lagi kejutan terhadap pasukannya, dia melabelkan persembahan separuh masa pertama mereka di Turin ‘separuh masa ketiga’ daripada kekalahan 4-0 di Paris pada Februari lepas.

    “Ia seperti mimpi ngeri. Kami mempunyai nasib yang sedikit agak lewat, dan sekarang saya hanya berharap bermula dari esok kami akan kembali.

    “Pada separuh masa pertama pemain (Barca) bersemangat tetapi kami melakukan beberapa kesilapan dari Paris, dan itu adalah masalahnya.”

    Dia menambah: “Separuh masa kedua kami adalah lebih baik. Tetapi saya masih mempunyai sebahagian pembukaan di kepala saya, seperti mimpi ngeri. Mungkin ia bukanlah (ulangan) Paris, tetapi ia seperti separuh masa ketiga dari Paris.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda