Thursday, September 19, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Entiti perniagaan perlu simpan rekod perniagaan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Bagi memastikan para peniaga memahami dan mematuhi peruntukan undang-undang yang terkandung di dalam Akta Penyimpanan Rekod (Perniagaan), Penggal 249, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dengan kerjasama Institut Akauntan Awam Bertauliah Brunei Darussalam (BICPA), kelmarin, mengadakan Sesi Taklimat Akta Penyimpanan Rekod (Perniagaan), Penggal 249 bertempat di Dewan Teater, MOFE.

    Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Kewangan Kanan di Bahagian Hasil, MOFE, Dayang Roslina binti Haji Liman yang antara lain telah menjelaskan berhubung keperluan bagi setiap entiti perniagaan di negara ini untuk menyimpan rekod-rekod perniagaan dengan teratur sekurang-kurangnya bagi tempoh lima tahun, selaras dengan Akta Penyimpanan Rekod (Perniagaan), Penggal 249.

    Turut menyampaikan taklimat adalah Ahli Majlis BICPA, Haji Shazali bin Tan Sri Dato Haji Sulaiman yang telah menekankan tentang keperluan penyimpanan buku dan faedah penyediaan penyata kewangan yang akan membantu pemilik perniagaan dalam membuat perancangan kewangan yang teratur, membuat keputusan kewangan bagi perniagaan dan menarik pelabur-pelabur berpotensi.

    Haji Shazali semasa menyampaikan taklimat berkenaan di Dewan Teater, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN KEWANGAN DAN EKONOMI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda