FRANKFURT am MAIN, 28 Sept – Syarikat tenaga Jerman, EON berkata ia telah bersetuju untuk menjual baki sahamnya dalam firma sampingan bahan api fosil Uniper kepada Fortum Oyi di Finland pada awal 2018.
Fortum akan menawarkan semua pemegang saham Uniper 22 euro sesaham, menilai 46.65 peratus pegangan EON pada 3.76 bilion euro, kata kumpulan Jerman dalam satu kenyataan lewat semalam.
Kedua-dua kumpulan telah mengumumkan pada minggu lalu mereka berusaha mencapai satu perjanjian.
Di bawah syarat-syarat perjanjian, jika EON memutuskan tidak akan menjual sahamnya, ia akan membeli kesemua saham yang diperoleh oleh Fortum ketika tawaran dan juga membayar pampasan kepada firma Finland.
Namun EON menjelaskan ia mahu menghapuskan sahamnya yang tinggal dalam Uniper, yang memiliki kesemua stesen tenaga yang menggunakan gas dan arang batu, pada awal tahun depan. – AFP