Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    EPL musim ini patut dibatalkan – Brady

    LONDON, 15 MAC – Seorang eksekutif terkemuka pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berada di zon penyingkiran telah meminta agar EPL dibatalkan dan mengatakan pegawai FA jangan bermimpi jika mereka fikir perlawanan dapat kembali seperti biasa awal bulan depan selepas perlawanan digantung di tengah-tengah penularan wabak COVID-19.

    “Satu-satunya perkara yang adil dan munasabah untuk dilakukan ialah mengisytiharkan pembatalan seluruh musim bola sepak,” kata Naib Pengerusi West Ham, Karren Brady kepada media.

    West Ham berada di tangga ke-16 di liga, hanya berbeza satu mata dari zon penyingkiran dengan berbaki sembilan perlawanan sahaja lagi.

    Walau bagaimanapun West Ham memiliki lebih satu perlawanan daripada Aston Villa yang berada di tangga ke-19, yang hanya berbeza dua mata di belakang West Ham.

    EPL berkata ia berharap dapat kembali meneruskan semula perlawanan, pada 3 April jika keadaan kembali reda, selepas terlepas dua pusingan perlawanan tetapi Brady melihat prospek itu tidak mungkin berlaku.

    “Sudah tentu, masalah kewangan, gaji dan bayaran perpindahan mesti dibayar dan ada yang telah rugi dari pendapatan siaran, kerugian pendapatan dari perlawanan tetapi ini tidak penting kerana kesihatan dan kesejahteraan semua orang lebih utama,” tambahnya. “Virus ini sudah merebak seluruh dunia.”

    Kebanyakan mereka yang dijangkiti COVID-19 hanya menyebabkan gejala ringan atau sederhana, seperti demam dan batuk. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda