EPL rekod 103 kes positif COVID-19

LONDON, 28 DIS – Liga Perdana Inggeris (EPL) mendedahkan seramai 103 pemain dan kakitangan telah diuji positif dijangkiti koronavirus dalam tempoh 20 hingga 26 Disember.

Angka itu melepasi jumlah seminggu sebelumnya, ketika EPL mencatatkan rekod tertinggi baharu sejak ujian bermula pada 2020 dengan 90 kes positif.

Setakat 15 Disember, perlawanan EPL telah dibatalkan, sementara tiga divisyen bawah telah diarahkan untuk menunda perlawanan.

“Liga hari ini mengesahkan antara Isnin, 20 Disember dan Ahad, 26 Disember, 15,186 ujian COVID-19 dijalankan ke atas pemain dan kakitangan kelab. Dari jumlah tersebut, 103 kes baharu dicatatkan,” menurut kenyataan EPL.

“Keselamatan semua adalah keutamaan dan EPL mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi tindak balas kesan varian Omicron.”

Gambar fail reaksi pemain Liverpool meraikan gol semasa pertemuan menentang Wolves 4 Disember lalu. EPL mengesahkan 103 kes jangkitan baharu di kalangan pemain dan kakitangan kelab serta beberapa perlawanan terpaksa ditangguhkan akibat penularan wabak.- AP

Perlawanan Liverpool menentang Leeds, kunjungan Watford ke Wolves dan pertemuan Burnley menentang Everton, kesemuanya telah dibatalkan semasa Boxing Day.

Perlawanan Arsenal di laman sendiri menentang Wolves hari ini dibatalkan pada Ahad setelah peningkatan dalam jumlah kes di kalangan skuad Wolves.

Permainan di antara Leeds dan Aston Villa, dijadualkan hari ini, turut ditangguhkan pada Ahad rentetan isu COVID-19 dan kecederaan yang berterusan melanda pasukan Leeds.Meskipun dengan lonjakan kes COVID-19 dan penangguhan perlawanan, ketua-ketua EPL minggu lalu memilih untuk tidak menggantungkan musim ini walaupun gesaan daripada pengurus-pengurus pasukan.

Pada pertemuan yang sama, kelab-kelab diberitahu bahawa perlawanan akan diteruskan jika setiap pasuk mempunyai 13 pemain yang cergas dan seorang penjaga gol.

“Liga melaksanakan semula Langkah Kecemasan, dan meningkatkan ujian Lateral Flow ke atas pemain dan kakitangan kelab setiap hari dan ujian PCR dua kali seminggu, terdahulu mereka menjalankan ujian Lateral Flow dua kali seminggu.- AFP