Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    EPL tangguh perjanjian penyiaran Rambler

    LONDON, 9 MAC – Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin mengumumkan semua kelabnya sebulat suara sepakat untuk menangguhkan perjanjian penyiaran dengan rakan kongsi Rusia, Rambler.

    “EPL dan kelabnya hari ini sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan perjanjian kami dengan rakan penyiaran Rusia, Rambler (Okko Sport) berkuat kuasa serta-merta,” menurut kenyataan liga itu, lapor Sputnik.

    Selain itu, Liga Perdana juga akan menyumbang AS$1.3 juta kepada Jawatankuasa Kecemasan Bencana untuk menyokong rakyat Ukraine.

    Pada 24 Februari, Rusia memulakan operasi khas ketenteraan di Ukraine, yang hanya menyasarkan infrastruktur ketenteraan dan penduduk awam tidak berada dalam bahaya.

    Moscow berulang kali menegaskan pihaknya tidak mempunyai hasrat untuk menduduki Ukraine.

    Tindakan itu telah menerima kecaman pemimpin Barat menyaksikan lebih banyak sekatan dikenakan terhadap Rusia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...