Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    EPSON tunjuk komitmen kepada pasaran Brunei

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Sebagai tanda komitmen EPSON kepada pasaran Brunei yang terus berkembang dan kerjasamanya dengan Concepts Commercial Suppliers (Concepts Computer), syarikat berkenaan menerima kunjungan daripada Pengarah Urusan Serantau EPSON Singapura,

    Siew Jin Kiat dan Ketua Pemasaran EPSON Malaysia, Hanson Ong pada 22 Ogos lalu.

    Pengurus Besar Concepts, Vincent Pao ketika mengulas mengenai lawatan berkenaan, menyatakan amat berbesar hati atas kunjungan Siew Jin Kiat dan Hanson Ong ke premis syarikat mereka dan ke Negara Brunei Darussalam.

    Beliau menyatakan perasaan teruja dengan minat mendalam yang ditunjukkan oleh EPSON untuk menyokong Concepts yang merupakan rakan tempatan EPSON yang diiktiraf.

    Vincent Pao menambah bahawa lawatan itu melambangkan komitmen EPSON kepada pasaran Brunei yang terus berkembang dan prestasi konsisten Concepts dalam menonjolkan lagi jenama EPSON.

    Beliau yakin bahawa masih terdapat ruang untuk pertumbuhan yang lebih besar dengan EPSON merupakan satu jenama yang amat dikenali di pasaran mesin cetak yang boleh menawarkan penjimatan kepada pengguna.

    Concepts mempunyai 15 tahun kerjasama dengan EPSON telah menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan di Brunei dalam pelbagai cara yang signifikan.

    Dalam hubungan itu, Siew Jin Kiat bagi pihak EPSON melahirkan penghargaan kepada syarikat itu atas sokongan perkembangan jenama berkenaan bagi pasaran Brunei serta ingin untuk terus mengukuhkan lagi kerjasama itu.

    Vincent Pao menyampaikan penerangan kepada Siew Jin Kiat semasa melawat ke EPSON Brunei ASP-Ontime Service Network, baru-baru ini. – Gambar serahan Concepts Computer
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...