Equanimity dijual lagi

KUALA LUMPUR, 21 OKT – Sebuah kapal persiaran mewah dikaitkan dengan skandal berbilion ringgit, 1MDB Malaysia kembali dijual selepas hanya beberapa bulan kerajaan menjualnya, dilaporkan pada harga jauh lebih tinggi.

Kapal itu pada asalnya dibeli oleh Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal tersebut pada harga AS$250 juta yang didakwa dicuri dari dana 1MDB. Ia dirampas oleh Indonesia tahun lalu dan dikembalikan kepada Malaysia. Kerajaan yang mahu mendapatkan semula dana dicuri, menjualnya kepada syarikat tempatan, Genting Malaysia dengan harga AS$126 juta. Namun berdasarkan satu penyenaraian dari sebuah syarikat kapal persiaran, Camper and Nicholson, kapal yang kini dinamakan Tranquility kini dijual semula.

Ia menerangkan kapal yang pada asalnya digelar Equanimity namun diberi nama lain selepas dijual, sebagai sebuah ‘kapal persiaran peneroka lautan dunia’ dan ‘kapal persiaran super ikonik.’

Tiada harga disenaraikan namun media melaporkan ia berada di pasaran pada harga AS$200 juta. Genting Malaysia yang mengoperasi hotel, kawasan peranginan dan satu-satunya kasino sah di negara itu, tidak memberi respon bagi permintaan untuk mengulas mengenainya. – AFP