Era Conte bermula dengan kemenangan

PARIS, 5 NOV – Antonio Conte memulakan kariernya sebagai pengendali Tottenham dengan kemenangan apabila menewaskan Vitesse Arnhem 3-2 dalam aksi Liga Konferens Europa kelmarin dalam perlawanan yang turut menyaksikan tiga kad merah dilayangkan.

Conte mengambil tempatnya di stadium Tottenham Hotspuer sejurus selepas menerima permit kerjanya dua hari selepas pelantikannya.

Dan selepas menyaksikan pasukannya berlumba untuk mendahului tiga gol, sebelum dikejar lawan dan kehilangan seorang pemain manakala Vitesse berakhir dengan sembilan pemain beritahu Conte kepada BT: “Ia adalah permainan yang memberangsangkan.”

“Kami mendahului 3-0 kemudian melepaskan dua gol yang boleh kami elakkan. Selepas kad merah, kami menghadapi masalah.

“Untuk menang sambil menderita adalah bagus untuk pasukan ini, pemain-pemain ini.”

Aksi ketua jurulatih baharu Tottenham, Antonio Conte semasa memberikan arahan dalam perlawanan Kumpulan G Liga Konferens Europa menentang SBV Vitesse di stadium Tottenham Hotspur kelmarin. – AP

Spurs tidak melakukan satu pun percubaan ketika mereka tewas kepada Manchester United hujung minggu lalu, yang berakhir dengan pemecatan Nuno Espirito Santo selepas hanya empat bulan mengendalikan kelab.

Menentang Vitesse, mereka telah mencipta dua gol dalam masa 90 saat pertama, menggalakkan penyokong, ada di antara mereka menyarungkan bendera Itali untuk membuatkan Conte berasa seperti di rumah sendiri.

Bekas pengurus Inter Milan, Chelsea dan Juventus dari Itali itu hanya perlu menunggu 14 minit untuk gol pertama pasukan baharunya, dengan Son Heung-Min membuat percubaan tendangan sudut rendah dari bahagian kanan.

Kemudian Luca Moura menyempurnakan hantaran lintang Harry Kane untuk menewaskan penjaga gol Vitesse, Markus Schubert dan gol ketiga Spurs hadir selepas percubaan Kane diheret Jacob Rasmussen ke dalam gawang sendiri.

Rasmussen menebus kesilapannya dengan menanduk masuk gol pertama Vitesse empat minit kemudian, diikuti oleh jaringan Matus Bero.

Kemenangan itu melonjak Spurs ke tangga kedua Kumpulan G, tiga mata di belakang pendahulu, Rennes. – AFP