Era COVID-19 cetus kelainan ibadat puasa tahun ini

FLORIDA – Seorang penduduk Seattle, Maggie Mohamed tidak sabar untuk melakukan ibadat puasa bulan Ramadan di bandar kelahirannya Mesir.

Sekarang, dengan penularan wabak koronavirus, kesemua penerbangan keluar negara adalah ditegah. Begitu juga mereka yang merancang untuk mengundang rakan-rakan dan saudara mara untuk membawa bekal dan berbuka puasa bersama-sama.

Mohamed, kini berusia lebih dari 65 tahun berkata dia tidak mahu mengambil risiko.

“Ia sangat menyedihkan. Kami sebelum ini merasa sangat teruja,” katanya. Tetapi, “Saya tidak menganggap ia sebagai satu hukuman. Saya anggapnya sebagai satu teguran.”

Ramadan, yang akan bermula pada hujung bulan ini, menyatukan umat Islam di seluruh dunia dengan menunaikan ibadah puasa dan amalan-amalan lain. Tahun ini, ia kebetulan bersamaan dengan hari cuti keagamaan yang telah menyatukan kepercayaan dari berbilang agama dalam yang sedang bergelut dengan cara melakukan upacara dan perayaan dalam masa yang tidak menentu ini.

Pelancong Amerika ketika melawat ke Masjid besar Muhammad Ali Pasha di Kaherah, Mesir. menteri agama membuat keputusan untuk menggantung aktiviti bulan Ramadan, termasuk berbuka puasa beramai-ramai di masjid-masjid yang mana secara tradisinya bulan Ramadan akan diraikan dengan meriah.- AP
Seorang wanita yang menggunakan penutup muka dan hidung berdiri di masjid Shahr-eRaymTehran, Iran. Ayatollah Ali Khamenei memberitahu bahawa perkumpulan secara beramai-ramai mungkin akan dilarang di sepanjang bulan suci ini. – AP
Orang-orang Islam di Islamabad ketika solat Jumaat di luar masjid semasa perintah berkurung seluruh negara pada 17 April. Ibadat solat serta tarawih pada Ramadan tahun ini akan membawa kelainan yang tidak pernah berlaku dahulu. – AFP

Mohamed sedang memikirkan penyelesaian. Dia selalu ternanti-nanti untuk mengadakan solat khas pada bulan Ramadan, yang dikenali sebagai ‘tarawih,’ di masjid. Sekarang dia hanya akan mengadakan solat di rumah bersama dengan anak perempuannya. Tetapi bagaimana dengan doa? Mendengar suara Imam akan membuatkannya keluar air mata. Ketika Imam berdoa kepada mereka yang sudah meninggal dunia atau mendoakan saudara yang dari jauh dengan suara ‘indahnya’, tangisan dari makmum dan orang ramai mengatakan ‘Amin’ secara serentak.

Mohamed berfikir sejenak: Bolehkan Imam berdoa menerusi tele konferensi video, Zoom?

“Ia akan membantu kami,” dia berkata, walaupun dia berkata ia adalah tidak sama. Di dalam masjidnya, jemaah perempuan akan berpelukan dan berbual-bual selepas solat dengan kanak-kanak bermain lari-lari dan buah kurma dan coklat akan diagih-agihkan kepada jemaah.

Semasa Ramadan, umat Islam akan menahan diri daripada makan dan minum dari waktu terbit matahari sehingga terbenamnya matahari dengan niat untuk menyucikan diri. Ia adalah waktu yang dipenuhi dengan mengerjakan solat, untuk mencerminkan diri dan membuat kebajikan. Kebiasaannya, ia adalah waktu untuk bersama keluarga, kawan dan keramaian.

Ramai umat Islam telah berdoa agar dihindari dari wabak koronavirus, yang telah mengganggu ibadat umat Islam di seluruh dunia, untuk memberikan semangat sebelum tibanya Ramadan. Penutupan masjid-masjid dan seruan untuk mengerjakan solat di rumah telah menyebabkan ramai merasai emosi. Mereka mengharapkan melakukan ibadah dari rumah dan mengadakan kelas-kelas agama melalui dalam talian. Tahun ini, sebahagian orang merancang untuk mengadakan iftar secara dalam talian.

Seorang imam dari Texas, Omar Suleiman berkata melihat masjid-masjid yang kini menjadi kosong adalah sebagai tanda untuk kita mencerminkan diri.

“Bagaimana kita membina diri kita untuk mendekatkan hubungan dengan-Nya? Tanya Sulaiman, yang membuat ceramah melalui dalam talian kepada lebih dari 1.4 juta pengikut di laman Facebook.

“Sekarang kita mempunyai peluang untuk mengembangkan empati dengan mereka yang tidak memiliki akses ke ruang agama kerana kesibukan masa.

Malaysia, Brunei dan Singapura telah melarang mengadakan bazar Ramadan yang terkenal di mana penjual-penjual makanan dan minuman akan membanjiri pasar yang terbuka atau gerai-gerai di tepi jalan.

Di Malaysia, penjual-penjual kini sedang merancang untuk mengusahakan perusahaan mereka melalui dalam talian menerusi aplikasi telefon pintar atau platform digital yang disediakan olah pihak berkuasa semasa puasa bulan Ramadan.

Mohamad Fadhil, peniaga dari negeri selatan Malaysia, Johor Baharu, berkata dia berhenti kerja kerana tidak dapat berniaga di bazar bulan Ramadan atau melakukan solat tarawih di masjid, “Kita mesti bersabar dan patuhi undang-undang,” katanya.

Di Iran, antara negara yang teruk terjejas oleh wabak, pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Kamenenei memberitahu bahawa perkumpulan secara beramai-ramai mungkin akan dilarang di sepanjang bulan suci ini. “Peringatan untuk melakukan solat dan ibadat dalam keadaan bersendirian,”katanya.

Waqf Islamik, yang mentadbir Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, salah satu tempat suci umat Islam, mengumumkan bahawa masjid akan terus ditutup pada bulan Ramadan.

Ia adalah sukar, Sheikh Azzam Khateeb, pengarah am Waqf, berkata dalam pengumumannya, tetapi ‘kesihatan jemaah adalah diutamakan daripada yang lain.’

Zuher Dubie, penceramah masjid yang berusia 71 tahun di bandar tebing Barat, Nablus, yang telah melaksanakan Ramadan dan solat di masjid sejak berusia 10 tahun. Buat kali pertama, Dubie berkata, dia tidak akan dapat melakukan beberapa ibadat pada bulan ini.

“Tiada perkumpulan sosial, tiada aroma makanan di pasar Ramadan, tiada solat berjemaah di masjid,” katanya.

Di Mesir, menteri agama membuat keputusan untuk menggantung aktiviti bulan Ramadan, termasuk berbuka puasa beramai-ramai di masjid-masjid. Masjid-masjid telah diarah untuk tutup dan negara itu mengarahkan perintah berkurung pada waktu malam.

Bulan Ramadan selalunya meriah di negara yang mempunyai penduduk melebihi 100 juta orang itu – dan telah menjadi satu tradisi di negara tersebut.

Kebiasaannya, orang ramai akan memenuhi masjid-masjid dan pembeli akan singgah ke pasar-pasar. Ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa. Orang ramai berkongsi roti di jalan-jalan yang dipenuhi oleh orang-orang yang kurang berkemampuan.

Manakala, jalan-jalan raya akan dipenuhi dengan tanglung sempena Ramadan.- AP