Erat hubungan kekeluargaan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – Dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim antara penggemar kereta tahan lasak, Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB) mengalu-alukan kedatangan Kelab 4X4 Ekspedisi Ekstrem Tawau, di sini sebelum meneruskan ekspedisi seterusnya kelmarin.

Dalam ekspedisi itu, 14 buah kenderaan pacuan empat roda yang disertai oleh 40 peserta dari persatuan dan kelab berkenaan menyertai ekspedisi ke Miri, Sarawak.

Pada ekspedisi itu, Timbalan Yang Di-Pertua PKTLB, Haji Abdul Azis bin Haji Bungsu telah mengetuai rombongan bagi persatuan berkenaan, manakala Jeffry Onn Hamzah pula mengetuai Kelab 4X4 Ekspedisi Ekstrem Tawau.

Ekspedisi ini adalah salah satu platform untuk merapatkan hubungan kalangan ahli PKTLB dan kelab berkenaan selain meneroka dan mengisi masa pada musim cuti persekolahan ini.

Para peserta ekspedisi ketika bergambar ramai bersama keluarga mereka.