Erat hubungan melalui lawatan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Rombongan daripada Persatuan Sukarelawan Kanser dan Kemasyarakatan Sipitang, Sabah, baru-baru ini, telah mengadakan lawatan ke Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei (BBCSG) bagi mengeratkan hubungan silaturahim seterusnya beramah mesra selain mengetahui aktiviti yang dikendalikan kumpulan berkenaan.

Rombongan yang diketuai oleh presiden persatuan, Helen Morris itu berada di negara ini selama dua hari bagi kempen sempena Hari Kanser Sedunia pada Februari lalu.

Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Di-Pertua BBSCG, Hajah Aminah binti Haji Momin dan Naib Yang Di-Pertua BBCSG, Hajah Linda Aini binti Abdullah berserta ahli-ahli kumpulan tersebut.

Semasa lawatan tersebut, rombongan berpeluang melawat Sudut Bacaan Perpustakaan Mini BBCSG dan Pink Jambu Shop BBCSG di bangunan Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC).

Selain itu, rombongan juga berpeluang mendengarkan taklimat mengenai latar belakang BBCSG dan aktiviti-aktiviti yang dikendalikan.

Gambar ramai rombongan Persatuan Sukarelawan Kanser dan Kemasyarakatan Sipitang bersama  BBCSG semasa mengadakan lawatan ke PJSC.

Rombongan berkenaan juga telah berkesempatan mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh pegawai dan jururawat yang bertugas di PJSC.

Sejurus selepas sesi taklimat, rombongan juga berpeluang mengadakan lawatan

ke PJSC untuk melihat lebih dekat lagi perkhidmatan dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Pada hari kedua, rombongan turut berkesempatan melawat Radio Televisyen Brunei (RTB), muzium dan Pusat Kesenian dan Kraftangan Brunei.