Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Erat hubungan melalui perjumpaan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Bekas penuntut Sekolah Rendah Kampung Mata-Mata hari ini berkumpul bagi meraikan majlis pertemuan semula Sekolah Rendah Kampung Mata-Mata Tahun 1982-1989 yang diadakan di Restoran Aneka Rasa, Kiulap, petang tadi.

    Acara tersebut diadakan bertujuan bagi mempererat lagi hubungan sesama mereka setelah sekian lama tidak berkumpul bersama-sama, sekali gus mengimbau kembali kenangan yang dilalui bersama ketika masih menuntut di bangku sekolah suatu ketika dahulu.

    Tahlil dan Doa selamat pada majlis tersebut turut diadakan yang dikepalai oleh Haji Zahid bin Haji Zain.

    Pengiran Mohd Alli Indra Putra bin Pengiran Dato Paduka Haji Hamzad, dalam ucapannya mengucapkan kesyukuran dan terima kasih atas kehadiran bekas-bekas penuntut sekolah tersebut setelah lebih kurang 30 tahun berlalu.

    Para bekas penuntut Sekolah Rendah Kampung Mata-Mata mengabadikan gambar bersama-sama pada majlis pertemuan semula yang berlangsung kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Beliau turut mengimbas mengenai permainan, muzik serta penglibatan mereka selama menuntut di sekolah tersebut, termasuklah ketika berpeluang menyertai acara yang penuh bersejarah pada tahun 1984 semasa negara meraikan Hari Kebangsaan yang pertama dan pada tahun 1986 ketika kemangkatan ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Majlis petang itu turut diserikan dengan cabutan nombor bertuah, nyanyian daripada bekas penuntut sekolah berkenaan dan pelbagai juadah makanan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda