Erat hubungan melalui sukan

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 17 Dis – Bersempena dengan musim cuti persekolahan pada akhir tahun ini, keluarga Allahyarham Sahat bin Tahir (ST) telah mengadakan acara Sukan Keluarga ST bertempat di Dewan Kompleks Sukan Tutong, kelmarin.

Sebanyak 30 acara sukan riadah telahpun disediakan mengikut kategori masing-masing. Antara tujuan acara ini diadakan adalah bagi memberikan contoh tauladan dan kesedaran kepada generasi baharu akan pentingnya sebuah ikatan keluarga dalam sebuah kehidupan di samping dapat mengekalkan dan mengukuhkan lagi sikap perpaduan dan ikatan keluarga melalui aktiviti sukan.

Sebelum ini, Keluarga ST pertama kalinya mengadakan acara sukan buat pertama kalinya pada tahun 2000 di Pantai Seri Kenangan, sementara pada tahun 2001 dan 2002 acara yang sama turut diadakan di Kampung Bukit Beruang, Tutong.

Dengan membawa slogan ‘Keluarga Mesra Aktif Bersama’, keluarga ini diharap akan terus bersatu dan harmoni serta sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Ahli Keluarga ST bergambar ramai semasa acara sukan yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Tutong.

SAHAM
TerdahuluMessi tunjuk taring
SeterusnyaSambutan Hari OKU meriah