Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Erat silaturahim bersama penduduk kampung

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Kementerian Pertahanan terus menjalankan aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid iaitu di bawah Program Tahunan Ihya dan Jangkauan Ramadan yang berlangsung di Masjid Sufri Bolkiah, Perpindahan Berakas.

    Program tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan penduduk kampung dan masyarakat setempat di samping meraih keberkatan dan pahala pada bulan suci Ramadan yang mubarak ini.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; pemangku setiausaha tetap Kementerian Pertahanan, para pegawai kanan serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Isyak, Sunat Tarawih dan Sunat Witir secara berjemaah serta diteruskan dengan tadarus Al-Quran bersama jemaah yang hadir. Ia diakhiri dengan penyampaian infak termasuk Mushaf Al-Quran Jubli Intan ABDB kepada jawatankuasa takmir masjid.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua semasa menyertai Program Tahunan Ihya dan Jangkauan Ramadan. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...