Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 16 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Unit Latihan Jasmani Cawangan Operasi ‘E’, Daerah Tutong telah menganjurkan Aktiviti Sukan Sepak Takraw di Balai Bomba Bukit Beruang Tutong bagi cawangan-cawangan Balai Bomba di Daerah Tutong, baru-baru ini.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan aktiviti sukan itu ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘E’, Balai Bomba Daerah Tutong, Penguasa Kanan Bomba, Awang Tahir bin Haji Moktal.
Tiga buah balai bomba telah menyertai aktiviti sukan itu iaitu Balai Bomba Tutong, Balai Bomba Lamunin dan Balai Bomba Bukit Beruang.
Acara dimulakan dengan memperkenalkan tetamu kehormat kepada pasukan-pasukan yang menyertai perlawanan tersebut dan seterusnya menyaksikan perlawanan di antara Pasukan Ludas ‘A’ bertemu dengan Pasukan Belunu yang menyaksikan perlawanan tersebut dimenangi oleh Pasukan Ludas ‘A’.
Tujuan perlawanan sepak takraw itu diadakan adalah bagi mengeratkan silaturahim yang sedia ada di antara pegawai dan anggota bomba.Sukan sepak takraw ini bukan hanya disertai dari kalangan anggota bomba, bahkan ia turut disertai oleh pegawai-pegawai bomba
