Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Erat silaturahim melalui riadah walkaton

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Sempena memperingati Ulang Tahun ke-66 Pelaksanaan Pendidikan Ugama Formal di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama pagi tadi mengadakan acara walkaton semasa Bandarku Ceria yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Awang Mohammad Zamery bin Haji Nayan.

    Ia juga disertai oleh para pegawai, kakitangan, guru-guru serta ahli keluarga masing-masing.

    Tujuan acara ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga Jabatan Pengajian Islam dan warga sekolah serta keluarga masing-masing.

    Di samping itu, ia juga untuk menitikberatkan kepentingan beriadah yang bukan sahaja merupakan satu kegiatan yang baik namun ia juga digalakkan bagi mengekalkan kehidupan yang sihat dan dapat meningkatkan kesihatan fizikal, mental dan rohani yang secara tidak langsung membantu menanai pendidikan agama di negara ini.

    Acara didahului dengan sesi pemanasan badan dan seterusnya pelepasan aktiviti walkaton sejauh 3 kilometer oleh tetamu kehormat iaitu Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

    Pada masa yang sama, riadah berkenaan turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti sampingan seperti kuiz, Bijak Jawi dan pameran mini.

    Haji Mohammad Rosli (tengah) semasa mengikuti acara walkaton.
    Antara peserta yang mengikuti acara walkaton.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...