Eratkan silaturahim sejagat

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Bagi mengeratkan ikatan silaturahim antara warga Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan pelajar antarabangsa dari negara seperti Malaysia, Singapura, Bangladesh, Indonesia, Thailand, Palestin, Tajikistan, Dagestan dan Kemboja, UNISSA melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru-baru ini mengendalikan Majlis Sambutan Hari Antarabangsa UNISSA kali pertama

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dan turut dihadiri oleh para pegawai utama, pensyarah, kakitangan, mahasiswa dan mahasiswi Tahun 1 serta para pelajar antarabangsa.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Exco Unit Keugamaan dan Kerohanian, Awang Ahmad Shafiee bin Aim seterusnya ucapan alu-aluan oleh Exco Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Farisa Sokry selaku pengerusi majlis.

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah sesi perkongsian yang melibatkan pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di UNISSA terdiri daripada Syazana binti Hussain dari Singapura, Suleiman Ali Hamad dari Tanzania, Ahmed Mohammed Alhaj Ahmed dari Palestin. Manakala Afiq Zikry bin Zulkifli dari Singapura selaku moderator bagi sesi perkongsian ini.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan ‘Choral Speaking’ daripada para mahasiswi dari Thailand.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang diketuai oleh Awang Ahmad Shafiee dan kemudiannya sesi bergambar ramai.

Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para mahasiswa dan mahasiswa antarabangsa untuk memperkenalkan keunikan bangsa, adat dan tradisi dari negara masing-masing.

Dr Haji Norarfan bergambar ramai bersama pelajar antarabangsa dari Malaysia.