Oleh Norizan Murshid
Lebih 300 orang penduduk Kampung Sungai Kedayan B telah berkumpul dalam majlis sempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan buat kali keenam, baru-baru ini, yang juga diselajurkan dengan sumbangan kepada anak-anak yatim. Majlis diadakan bagi mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga emas dan generasi muda kampung berkenaan.