Erdogan akan bertemu Putin di Rusia, khamis ini

ISTANBUL, 2 MAC – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, akan mengadakan lawatan ke Rusia Khamis ini untuk menghadiri sidang kemuncak dengan presiden Rusia, Vladimir Putin untuk membincangkan ketegangan yang sedang memuncak di Syria, menurut pejabat beliau hari ini.

“Presiden akan mengadakan lawatan sehari ke Russia pada 5 Mac ini,” menurut Presiden Turki dalam kenyataannya.

Turki telah mengesahkan Ahad lalu bahawa mereka telah melancarkan operasi ketenteraan penuh ke atas kumpulan Syria yang di sokong oleh Russia berikutan peningkatan pertempuran dengan kubu terakhir pihak pemberontak di Idlib.

Ankara yang menyokong kumpulan pejuang Islam di wilayah tersebut, telah membunuh seramai 19 tentera Syria dalam serangan dron pada Ahad lalu, dan turut menembak jatuh dua kapal terbang milik pihak kerajaan.

Tetapi mereka bertegas untuk menggelakkan perbalahan secara langsung dengan Moscow, di mana mereka mempunyai hubungan ketenteraan dan perdagangan.

Pada tahun 2018, mereka telah membuat perjanjian di Sochi, yang membolehkan Turki untuk membina 12 pangkalan pemerhati tentera di Idlib untuk menyekat serangan Syria dan menjadi tapak pelarian di kawasan sempadan Turki.

Tetapi, Syria dan Rusia bertekad untuk mendapatkan semula kawalan sepenuhnya ke atas kawasan-kawasan yang diserang pada Disember lalu yang telah menjejaskan tempat tinggal berjuta-juta orang awam di sana, sekaligus meningkatkan ketegangan di antara Turki dan Syria.

Pertikaian terbaharu itu berikutan pembunuhan 34 tentera Turki dalam serangan udara yang dipersalahkan oleh Damsyik, minggu lalu. – AFP

Konvoi tentera Turki ketika bergerak ke timur Idlib pada 1 Mac. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan akan mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawatnya Presiden Vladimir Putin di Rusia bagi membincangkan ketegangan yang sedang memuncak di Idlib, Syria. – AP