Erdogan ancam singkir 10 utusan Barat

ISTANBUL, 21 OKT – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini mengancam untuk menyingkirkan duta Amerika Syarikat, Jerman dan lapan yang lain selepas mereka mengeluarkan kenyataan luar biasa bersama dalam menyokong pemimpin kemasyarakatan awam yang dipenjara.

Dermawan dan aktivis kelahiran Parsi, Osman Kavala, 64, telah dipenjarakan tanpa disabit bersalah sejak 2017, menjadi satu simbol apa yang pengkritik lihat sebagai sifat ketidaktoleransian Erdogan semakin meningkat terhadap penentang.

Seramai 10 duta telah mengeluarkan kenyataan bersama pada Isnin – yang disiarkan dalam akaun media sosial Turki – mengatakan penahanan berterusan Kavala ‘membayangi’ Turki.

“Saya beritahu menteri luar negeri kami bahawa kami tidak mempunyai kemewahan untuk menempatkan mereka di negara kami,” kata Erdogan kepada wartawan dalam komen yang disiarkan oleh media Turki.

Kavala berdepan siri dakwaan berkaitan protes antikerajaan 2013 dan rampasan kuasa gagal pada 2016.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. – AFP

Dalam kenyataan duta-duta berkenaan, AS, Jerman, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Belanda, New Zealand, Norway dan Sweden menyeru bagi penyelesaian segera, adil terhadap kes Kavala’. Seramai 10 utusan itu telah dipanggil ke kementerian luar negeri Turki kelmarin.

Erdogan bersuara berang dalam perbualan bersama wartawan Turki semasa turun pesawat setelah kembali dari jelajah Afrika.

“Adakan ia dalam sempadan awda untuk mengajar Turki? Siapa awda?” tegasnya dalam komen yang dikeluarkan oleh penyiaran swasta NTV.

Dalam komen terbaharunya, Erdogan sekali lagi membandingkan dermawan Turki dengan ahli kewangan AS kelahiran Hungary, George Soros, yang menggalakan demokrasi, telah mendukacitakan para pemimpin timur dan tengah Eropah.

“Mereka yang mempertahankan saki baki Soros ini sedang berusaha mencari cara untuk membebaskannya,” kata Erdogan.

“Adakan awda membebaskan perompak, pembunuh dan pengganas di negara awda?” tekan Erdogan ke atas Barat. – AFP