Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Erdogan gesa UAE labur di Turki

    ABU DHABI, 15 FEB – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menggesa pemimpin perniagaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini supaya melabur dalam negaranya, yang sedang dibelenggu krisis ekonomi.

    Erdogan tiba di ibu negara UAE, Abu Dhabi semalam untuk lawatan dua hari bertujuan memulihkan hubungan yang terjejas oleh perbalahan serantau, menandakan lawatan pertamanya ke negara Teluk itu dalam hampir satu dekad.

    “Sebagai wakil utama sektor swasta di UAE, saya yakin awda memahami sepenuhnya faedah perkongsian komersial dan pelaburan dengan Turki,” beritahunya kepada pelabur pada satu persidangan perniagaan di Abu Dhabi.

    “Awda, selaku wakil anggota dunia perniagaan, akan memenuhi potensi ekonomi kedua-dua negara, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan.”

    Erdogan dan Sheikh Mohammed semalam menyaksikan pemeteraian 13 perjanjian kerjasama dan memorandum persefahaman, termasuk surat niat mengenai kerjasama dalam industri pertahanan, menurut agensi berita WAM.

    Bidang kerjasama lain termasuk dalam sektor kesihatan, teknologi, tindakan iklim dan pengurusan krisis dan bencana, kata agensi berita itu.

    Perdagangan Turki-UAE mencecah AS$7.2 bilion dalam separuh tahun pertama 2021. UAE berharap menambah dua atau tiga kali ganda jumlah perniagaan dengan Turki, yang dilihatnya sebagai laluan kepada pasaran baharu.

    Kira-kira 400 syarikat UAE beroperasi di Turki, rakan perniagaan ke-11 terbesar UAE, menurut WAM. – AFP

    Presiden Recep Tayyip Erdogan (tengah kiri) dan Putera Mahkota Sheikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan (kanan) berdiri sempena kawalan kehormatan di Wasr Al-Watan di Abu Dhabi pada 14 Februari 2022. Erdogan menggesa pemimpin perniagaan di UAE melabur dalam negaranya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...