Erdogan kembali pimpin Turki

ANKARA, 10 Julai – Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam telah mengangkat sumpah bagi penggal kedua, yang memegang tampuk kuasa yang lebih besar berbanding mana-mana pemimpin Turki selama berdekad-dekad serta melantik menantunya untuk memegang jawatan penting dalam menteri kewangan semasa rombakan kabinet.

Erdogan, yang mengubah Turki selama 15 tahun memerintah, telah mengangkat sumpah di parlimen di bawah sistem presiden baharu yang dikecam pembangkang sebagai rejim.

Menjelaskan perubahan bersejarah sebagai satu ‘permulaan baharu,’ beliau telah mengangkat sumpah dalam satu upacara yang diadakan di istana presiden di Ankara dan menjadi pemimpin kepada 81 juta rakyat di Turki.

“Kami bukan mahu menjadi tuan namun berkhidmat untuk rakyat kami,” katanya.

Dia kemudiannya mendedahkan kabinet pertama di bawah sistem baharu itu, dengan melantik menantu lelakinya, Berat Albayrak, 40 tahun, untuk memegang jawatan penting menteri kewangan.

Erdogan memperkenalkan Oktay sebagai naib presiden ketika sidang media di Istana Presiden di Ankara, kelmarin. – AFP

Sementara itu, ketua kakitangan tentera, Jeneral Hulusi Akar telah menyertai kerajaan baharu sebagai menteri pertahanan dan Mevlut Cavusoglu masih mengekalkan jawatannya sebagai menteri luar.

Manakala, bekas ketua agensi kecemasan Turki, Fuat Oktay telah diumumkan sebagai naib presiden iaitu satu jawatan yang baru dibentuk.

Sistem baharu, yang dibentangkan bersama pejabat perdana menteri, telah dipersetujui dalam referendum 2017 di mana ia mendapat tentangan hebat dan isu tersebut telah membangkitkan pelbagai pendapat masyarakat awam di Turki.

“Rejim berat sebelah bermula hari ini,” kata akhbar pembangkang, Cumhuriyet. Namun, akhbar harian pro-kerajaan Yeni Safak memujinya sebagai ‘hari bersejarah’ dengan berkata: “Satu lembaran telah ditutup dalam sejarah Turki dan lembaran baharu kini dibuka.” – AFP