Wednesday, October 4, 2023
29.8 C
Brunei

    -

    Erdogan lantik bekas eksekutif bank AS sebagai ketua bank pusat Turkiye

    ANKARA, 9 JUN – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada hari ini melantik bekas eksekutif bank yang berpangkalan di A.S. untuk mengetuai bank pusat Turkiye, dalam satu lagi tanda bahawa pentadbirannya mungkin meneruskan dasar ekonomi yang lebih konvensional.

    Erdogan menamakan Hafize Gaye Erkan, bekas ketua pegawai eksekutif bersama First Republic Bank, sebagai gabenor, menurut pengumuman dalam Official Gazette. Erkan yang berpendidikan Princeton, 41, menjadi gabenor wanita pertama bank pusat Turkiye itu.

    Erdogan telah memenangi penggal presiden ketiga dalam pilihan raya bulan lalu ketika negara itu bergelut dengan krisis kos sara hidup yang didorong oleh inflasi yang memuncak pada 85% pada bulan Oktober. – AP

    Erdogan menamakan Hafize Gaye Erkan sebagai gabenor bank pusat Turkiye, hari ini. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...