Thursday, June 8, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Erdogan lawat Arab Saudi, perbaiki hubungan negara

    RIYADH, 29 APRIL – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah bertemu dengan putera mahkota Arab Saudi untuk ‘memperbaiki’ hubungan dalam lawatan pertamanya sejak pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018 merenggangkan hubungan di antara kuasa Sunni itu.

    Agensi berita Saudi SPA semalam menyiarkan gambar pemimpin Turki memeluk Putera Mahkota Mohammed bin Salman, pemerintah de facto yang dituduh oleh pegawai risikan AS meluluskan komplot membunuh Khashoggi, dakwaan yang telah disangkal oleh Riyadh.

    Kedua-dua pemimpin ‘mengkaji semula hubungan Saudi-Turki dan cara-cara mengembangkannya dalam semua bidang,’ lapor SPA.

    Gambar yang disiarkan media Turki juga menunjukkan mesyuarat berasingan dengan Raja Salman, bapa putera mahkota.

    Erdogan seterusnya melawat bandar suci Mekah untuk mengerjakan ibadat umrah.

    Lawatan diadakan ketika Turki, berdepan dengan krisis ekonomi yang dicetuskan kejatuhan mata wang dan inflasi tinggi, cuba mendapatkan sokongan kewangan daripada negara-negara Teluk.

    Sebelum berlepas dari Istanbul ke bandar kedua Saudi, Jeddah, di mana beberapa jalan didereti dengan bendera Turki dan Saudi, Erdogan berkata beliau berharap ‘dapat melancarkan era baharu’ dalam hubungan dua hala negara berkenaan.

    “Kami percaya mempertingkat kerjasama dalam bidang termasuk pertahanan dan kewangan merupakan dasar kepentingan bersama kami,” kata Erdogan.

    Pegawai Turki memberitahu AFP Erdogan tidak mungkin membuat sebarang pengumuman formal semasa lawatan, yang dijangka berakhir pada Jumaat. – AFP

    Presiden Recep Tayyip Erdogan (tengah) semasa mengerjakan ibadah umrah di bandar Mekah kelmarin. Erdogan bertemu dengan putera mahkota Arab Saudi untuk memperbaiki hubungan semasa lawatan ke negara itu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -