Erdogan, Putin bincang situasi Idlib

ISTANBUL, 17 JAN Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata hari ini dia akan membincangkan serangan terbaharu di barat laut Syria dengan rakan sejawatnya Rusia, Vladimir Putin di Berlin hujung minggu ini.

“Saya bercadang untuk membincangkan secara meluas dengan Tuan Putin di Berlin, perkembangan semasa di Idlib yang sangat merisaukan,” kata Erdogan

Berpuluh-puluh pejuang dan orang awam terbunuh pada Rabu dan Khamis apabila rejim itu melakukan serangan bunuh meskipun gencatan senjata telah diatur oleh sekutu Damsyik dan Rusia dan pemberontak yang disokong oleh Turki.

Kedua-dua pemimpin akan berada di Berlin Ahad ini untuk persidangan keamanan antarabangsa di Libya, satu lagi negara yang berusaha untuk menubuhkan gencatan senjata.

Erdogan menuduh kerajaan Syria, Presiden Bashar al-Assad atas ‘pembohongan’ berterusan yang meragut nyawa orang awam di Idlib yang dianggap pengganas.

Rusia dan Turki telah bekerjasama rapat menangani Syria pada tahun-tahun kebelakangan walaupun berada di pihak musuh.

Minggu lalu, Moscow dan Turki mengisytiharkan gencatan senjata di Idlib, kubu pertahanan utama terakhir di Syria, tetapi tidak bertahan lama. – AFP

Penduduk Syria mengambil bahagian dalam demonstrasi menentang serangan rejim di kubu pertahanan utama terakhir Syria di Idlib. – AFP