Erdogan, Trump setuju bertemu pada November

ANKARA, 7 OKT – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan pertemuan di Washington pada November, memetik kenyataan pejabat Presiden Turki semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Persetujuan itu dicapai menerusi perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin semalam.

Kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai penubuhan zon keselamatan di Syria.

Mewujudkan zon keselamatan penting untuk menghapuskan ancaman oleh Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan Unit Perlindungan Rakyat (YPG), selain dapat memastikan pelarian Syria dapat pulang ke negara dengan selamat, kata Erdogan. – Bernama