Erdogan veto undang-undang tunda pemasangan penapis loji haba

ANKARA, 3 DIS – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semalam menggunakan kuasa vetonya terhadap undang-undang untuk menangguhkan pemasangan penapis pada loji kuasa tenaga haba, lapor agensi berita Anadolu memetik seorang jurucakap parti pemerintah negara itu.

“Presiden kami mendapati peraturan itu tidak bersesuaian dan menggunakan kuasa vetonya,” kata jurucakap Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) Omer Celik, dalam satu sidang akhbar semasa  mesyuarat jawatankuasa eksekutif di Ankara.

Beliau berkata di bawah undang-undang omnibus yang diluluskan  parlimen pada 21 November telah menangguhkan kewajipan untuk memasang penapis pada 15 loji kuasa tenaga haba yang menyebabkan pencemaran udara selama dua setengah tahun dan peraturan itu masih menunggu kelulusan presiden.

Menyedari bahawa sektor tenaga sangat penting dan mesyuarat jawatankuasa memutuskan untuk melindungi dan terus memperbaiki aset itu. – Bernama